Sumbangan Mangsa Kebakaran Kg. Batu Putih, Sandakan

Bersama YBhg. Tuan Michel Alok, Presiden Parti Impian Sabah

Pasukan N55 Elopura bersama YBhg. Tuan Michel Alok, Presiden Parti Impian Sabah serta ketua-ketua bahagian yang lain telah mengadakan lawatan ke kawasan yang terlibat dalam insiden kebakaran minggu lalu.

Dalam lawatan tersebut, kami telah menyampaikan sumbangan kepada mangsa yang terjejas sebagai tanda keprihatinan dan sokongan moral kepada mereka yang kehilangan tempat tinggal.

Parti Impian Sabah turut menerima aduan bahawa mangsa kebakaran yang kini ditempatkan di Dewan Serbaguna Batu Putih Batu 7, akan diarahkan keluar dalam tempoh tiga hari lagi.

Keadaan ini amat membimbangkan memandangkan ramai antara mereka masih belum mempunyai alternatif tempat tinggal dan menghadapi kesukaran untuk mendapatkan kediaman baharu.

Parti Impian Sabah menyeru pihak berkuasa yang berkaitan agar mempertimbangkan lanjutan tempoh penempatan sementara serta menyediakan bantuan susulan bagi memastikan kebajikan mangsa terus terbela.

#n55elopura
#elopuraimpianbaharu
#partiimpiansabah
#fyp
Penerangan PIS Elopura